Thursday, August 21, 2008

Journal Matematik

Orientations of School Mathematics In Malaysia - Parmjit Singh

Kertas ini membincangkan tentang perkembangan mata pelajaran matematik di sekolah dari segi pembelajaran, pengajaran adan kurikulumnya yang merupakan komponen-komponen utama dalam pendidikan matematik. Ketiga-ketiga ciri ini dibincangkan berasaskan objektif-objektif matematik seperti yang terkandung dalam huraian sukatan mata pelajaran sekolah menengah di Malaysia. Kurikulum matematik sekolah selama ini yang menekankan penghimpunan fakta dna pengetahuan tidak mampu untuk merangsang pemikiran pelajar. Ini adalah kerana sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan, akibatnya para guru serta pelajar "mengajar, belajar" untuk peperiksaan dan ini tidak memadai untuk merangsang pemikiran pelajar. Adakah pelajar-pelajar sekolah yang mendapat "A" dalam matematik di peperiksaan kebangsaan merupakan pelajar-pelajar yang berkemampuan berfikir serta menyelesaikan masalah-masalah 'non-routine' dalam matematik? Satu lagi persoalan yang dibincangkan dalam kertas ini adalah mengenai istilah konsep pemahaman (understanding) pelajar-pelajar dalam matematik yang kerap digunakan dalam kalangan para pendidik. Isu yang dibincangkan adalah mengenai jenis pemahamam yang dipraktikkan atau dititiberatkan di alam persekolahan matematik masa kini iaitu "instrumental understanding" dan "relational understanding". Kertas ini tidak menawarkan sesuatu yang baru ataupun suatu formula yang ajaib untuk mengatasi masalah-masalah yang dibentangkan di atas tetapi hanya sebagai suatu pentas untuk 'perturb' pemikiran para pendidik mengenai sistem pendidikan matematik di sekolah-sekolah di Malaysia.

No comments: